Tuesday, October 30, 2007

weekly asssembly


MISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang akan berusaha:

1)Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
2)Mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum
3)Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam kokurikulum
4)Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji, berdisiplin dan bersatupadu.
5)Menyediakan prasarana yang selamat, ceria dan kondusif.
6)Menjalin hubungan baik dengan komuniti untuk kecemerlangan pelajar.

VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang akan menjadi sekolah Cemerlang di Daerah Kulim/Bandar Baharu pada tahun 2010.

Friday, October 26, 2007

falsafah SMKS

*usaha yang gigih dan disiplin yang kuat adalah penting untuk mencapai kejayaan.

*sikap dan tingkah laku seseorang bergantung kepada pemikirannya. Jika pemikirannya diubah dan berubah, sikap dan tingkahlakunya juga berubah mengikut cara pemikirannya yang berubah itu.

*keupayaan meningkatkan kecerdasan itu tidak terbatas jika rangsangan dan persekitaran yang sesuai disediakan.

smk serdang


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran.